Pages

Wednesday, June 24, 2009

Hari Adik-beradik

Mau nonton Transformers sama Rehot, tapi dia tak boleh temankan saya nonton sebab dia tinggalkan saya weekend ini sendiri lagi. Dia mau pergi bersuka-ria bersama kawan-kawannya masuk hutan di Kenyir tu. Apa lagi.. pergi mancing la kan. Bukan sehari dua dia tinggalkan saya, tapi 5 hari 4 malam ye tuan-tuan dan puan-puan. Jumaat malam berangkat dari KL terus malam Selasa minggu depan baru balik. Sudah banyak kali jugalah dia pergi mancing jauh-jauh sejak kahwin dengan saya. Saya ya kan je lah dia nak pi mancing kat mana kan. Tak ada maknanya nak halang-halang, dah itu maunya. See, saya isteri yang baik kan hehe.. tapi kadang-kadang sunyi juga kalau kena tinggal. Risau pun ada, ye lah masuk hutan ke atau kat tengah tasik ke mana ada signal hp. Apa jadi saya tak tau.. Ya Allah, moga dijauhilah segala malapetaka hendaknya.

Pagi Isnin lepas, adik sibuk mencari tiket Transformers online. Dia dah bising kata tiket Transformers dah dibuka untuk jualan seminggu lebih awal. Eh.. bukan ke biasanya kaunter tiket dibuka tiga hari sebelum? Tapi ini seminggu lebih awal pulak.... pergh hebat tak hebat la cerita ini, kita tengok je la nanti. Jual mahal tak nak ikut adik-beradik tu tengok wayang, maka mereka beli saja tiket untuk mereka weekend ini. Saya tinggal!

Tapi.. tapi.. dah la saya kena tinggal dengan Rehot juga. Mana boleh saya tinggal kat rumah sorang-sorang kan... maka terus cek online tiket sama tarikh dan waktu yang adik-beradik beli tu. Phewww.. nasib tak ada siapa beli seat di sebelah adik-beradik beli tu, memang ngam-ngam untuk saya seorang. Yeayy!!

Nonton dengan abang saya ini pula ada syaratnya... cinema mesti THX dan seat harus tengah-tengah di line G atau H (peminat hifi memang begitu agaknya.. mesti nak seat tengah, baru detail surround system katanya). Jadi kami adik-beradik ada dua tempat pilihan je.. di OU atau The Garden. OU je lah yang murah meriah kan. Jadi weekend ini nonton Transformers yeayyy!!

Website GSC sejak jual tiket Transformers ini asik hang je.
Tinggal seat depan je lagi.

p/s : Yang... nanti kita temankan awak pula tengok Transformers ya.

Gundam Sana-sini



Hari tu tertengok Gundam besar ini. Gila gaban besar Gundam RX-78 tu. Baru je dirasmikan. Katanya akan menjadi objek perlancongan baru Jepun. Lepas ini pasti peminat Gundam di seluruh dunia terbang Jepun nak tengok Gundam scale 1/1 ini, tingginya 18 meter. Dibina sempena 30 tahun Gundam tercipta.

Saya bukanlah peminat Gundam, tapi kat rumah ini... abang, adik laki & sang suami adalah peminat tegar Gundam. Secara teknikalnya abang tukang beli, sang suami & adik tukang pasang. Sungguh kagum melihat mereka pasang. Mau taknya.. harus sabar melihat parts yang banyak dan kecil-kecil itu dipotong dan dipasang. Harus punya kesabaran tingkat tinggi. Menjadi kepuasan si tukang pasang bila melihat hasil sudah sempurna. Saya suka tengok juga yang dah siap.. hehe.

Ok, ini antara koleksi Gundam kat Studio Lot 60G.. enjoy!

Shin Musha Gundam
Gundam ini paling mencabar nak pasang, kata tukang pasang.

Mobile Suit RX-0 Unicorn Gundam

Strike Freedom Gundam

Ada banyak lagi Gundam di flickr saya.

Wednesday, June 10, 2009

DIY a.k.a Daerah Istimewa Yogyakarta

'Ke Yogya lagi?' Begitulah kata orang kalau saya mau ke DIY. Ya.. sudah 3 kali ke DIY dan yang terakhir ke sana ialah bulan April lepas. Lebih istimewanya ke sana bersama-sama darah abadi dan teman-teman baru dengan rombongan seramai 22 dewasa, 2 baby dan 2 kanak-kanak nama Indah. Ramai gila! Rombongan kekeluargaan gittew..

Kemana je lah jalannya kalau ke Yogya tu?
Ya, kemana lagi.... paling tempat yang wajib ialah Borobudur, Prambanan, Kaliurang, Pantai Parangtritis, Taman Sari, Keraton dan belanja-belinji pula di Pasar Beringharjo atau toko-toko sepanjang Jalan Malioboro. Kalau cuti berlebih-lebih bolehlah wisata ke Ratu Boko atau pantai-pantai cantik lain seperti Krakal, Glagah dll. Lebih lanjut tentang Yogya silalah membuat research sendiri di Yogyes.

Apa pula makanan khas Yogya?
Yang saya tahu Gudeg & Bakpia Hahaha... kurang info ni ya?? Ok.. ok.. gudeg & bakpia memang makanan asli Yogya tapi masih banyak makanan lain. Contohnya baca saja blog Cah Ayu. Tengah promosi makanan tu ;-).
Lapar ayam bakar nih.. huhu. Setakat ni ayam bakar yang paling best sekali di Yogya yang pernah saya rasa ialah di Lesehan Terang Bulan di Jalan Malioboro. Betulllllll.. tak tipu.. you all cuba la next time.

NEXT TIME?
Bila tu next time ke Yogyanya? Bila? Bila? Bila? eh salah.. Kapan? Kapan? Kapan?
Ada rezeki dan tiada aral melintang patah, pasti akan ke Yogya lagi. Siapa takut!!! hehe..
Saya tak pernah bosan untuk ke sana lagi. Anda bagaimana?
Feb 2006
Status : Single

Jul 2007
Status : Engaged

April 2009
Status : Married

3 kali Yogya bererti 3 kali juga ke Borobudur dan dengan status yang berlainan. Semoga next time ke Yogya lagi lain pula statusnya.. bertiga ke mungkin, insyaAllah. Amin.
Catat rekod.. baru perasan nih! 3 kali naik Borobudur dengan baju pink hahaha (muntahlah si Cah Ayu dengar pink).. Nasib bukan baju yang sama (macam mana lah boleh pink semua ni.. haishh).

Rindu Yogya!
Rindu kamu semua!

Weiii.. bila nak arisan lagi?

Wednesday, June 3, 2009

Mati kata


Kata nak memblogkan diri... tapi tatau nak tulis apa.
Heii.. kata-kata, marilah datang! haha...

Oh ye.. ini blog baru saya. Yang lama dah saya simpan jauh-jauh ;-).
Republik Bintang namanya (tetapppp nak bintang-bintang & star-star jugak). Rajin-rajin singgahlah ye kawan-kawan.

Virus B


Tiba-tiba berkobar untuk membloggingkan diri di blogspot balik. Tapi, cubaan untuk make-up kan blog tidak berjaya. Dah godek macam-macam ni, tapi tidak berhasil juga. Helppp!!!