Pages

Thursday, November 18, 2010

Wake Me Up When September Ends

Ecehh.. sesuai je tajuk lagu Green Day ni dengan labor moment saya. Ya.. puteri sulung saya dan Rehot lahir pada hari Ahad 26 September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H. Si kecil tak sabar-sabar nak tengok dunia sebabnya due date sepatutnya 26 Oktober 2010. Lahir pada minggu yang ke 35 dan 6 hari.

Kisahnya hari Sabtu, 25 Sept sakit perut belah kanan menjadi-jadi. Perut belah kanan?? Ok ok.. kan kalau orang mengandung perutnya besar ke depan.. jadi ada la kanan kirinya kan. Kalau orang slim, confirm takde perut belah kanan ke kiri ke... ada fahammm? Ok sambung cerita.. biasa sakit belah kanan tu kadang ada dan tiada. Paling pun kalau sakit sekali dua sehari. Tapi hari Sabtu tu sakit tu datang banyak kali. Tahan juga lah konon tak nak pergi cek ke klinik ke hospital ke. Sampai dah malam, sakit tu tak nak berhenti juga. Akhirnya sampai PPUM dalam pukul 11.00pm. Ingat boleh jumpa doktor nak cek je.. rupanya tak boleh. Kalau nak jumpa doktor kena masuk wad. Terpaksalah masuk wad malam tu. Sendiri aku sepi (ecehh.. AADC mode on) waktu dalam wad. Rehot tak boleh masuk & apa pun tak boleh bawa masuk.. ya termasuk handphone. Kalau ada handphone waktu tu boleh la juga ku bunuh waktu kosong itu a.k.a bosan menunggu sorang-sorang tu dengan main game ke kan.. hiks.

Selepas doktor cek itu ini & selidik ini itu, akhirnya doktor kata kita operate je keluarkan baby malam tu juga since kepala baby tak turun-turun. Terkejut dengar bila doktor kata nak operate keluarkan baby malam tu juga. Mana taknya.. kita tadi datang nak buat cek biasa je sebab nak tau kenapa sakit belah kanan tu... last-last doktor suruh operate pulak. Dah la Rehot takde dalam bilik tu.. serabut gak lah. Akhirnya diusung ke OT dalam pukul 2.10am & baby dikeluarkan pukul 2.55am. Seterus operate buang cyst pulak. Dalam pukul 6.00am baru keluar dari OT. Phewww.. lama sungguh di dalam bilik bedah itu, dah la sejuk tahap gaban.

Alhamdulillah.. perkara yang tak dirancang & tak dijangkakan terjadi berakhir dengan lancar. Terima kasih Allah.
Azzakira first day out