Pages

Wednesday, July 27, 2011

Rumahku Syurgaku

Alkisah,
Me & Rehot masih giat mencari first house untuk kami anak beranak. Meng-google sana sini akhirnya menarik & tertariklah dengan rumah ni.



sales : 2 storey tu tinggal end-lot je. Are you Bumi.. ada less 5%?
me : Yes.. how much end-lot tu?
sales : dok tekan-tekan calculator agaknya.. RM 824,724.00
me : Ya Allah! dalam hatinya je.. tercopot jantung I mendengarnya . Oh.. rumah contoh ada ke? Berbasa-basi sikit kononnya.
sales : ada.. datanglah tengok.
me : Ok, thank you.

Mahalnya harga rumah sekarang ni... dekat sejuta dah. Tak sampai 2 tahun yang lalu harga rumah besar tu sekitar 300an. Macam manalah kami yang bergaji pion nih dapat beli rumah agaknya sekarang ya?

Terbaca kat paper semalam ada expo pemilikan rumah kat PWTC hujung minggu ni. Lebih lanjut tentang expo di BN Youth Hope. Kena pergi ni. Hope adalah rumah yang berharga 200an yang digembar-gemburkan kerajaan untuk pemilikan pertama tu. Oh.. dan berdoa lagi, semoga kalau ada punlah rumah tu, lokasinya tidaklah di Timbaktu sana. Aminnn.

Ull jom! ;-)

Monday, July 25, 2011

Julai datang lagi.

Ya.. bulan meraikan cinta untuk Rehot & I. Happy 3rd anniversary to us! Makin cinta, makin sayang, makin kenal dan segala makin la untuk yayang Rehot. I love you full!

Biasanya kami raikannya dengan trip. Tahun ni sekali lagi kami ke Bali. Haa.. tak sangka pulak I dah 3 kali pergi Bali. Tapi tetap belum Bali mabrur... sebab belum pergi Lovina tengok ikan lumba-lumba jam 3 pagi (tapi rasanya Rehot tak heran nak tengok segala tok nenek jenis ikan kot, almaklum pemancing tegar) & banyak lagi.. hehe.

Oh ye.. siapa yang belum tau, I berkenalan dengan Rehot kat Bali la. Dipendekkan cerita, akhirnya bercintalah kami kat KL dan seterusnya. Maka Bali dan kami tak dapatlah dipisahkan. Sumpah tak bosan pergi Bali ni. Kan Rehot kan... hehe.

Tak sangka pulak.. di ulang tahun ke 3 ni, I dah 3 kali pergi Bali (Rehot confirm lebih dari I) dan kami ber-3 pulak tu. Weiii.. Azzakira mana boleh tinggal. Sayang anak jangan ditinggal-tinggalkan. Tak gitu??

T I G A @ Bale

Rasanya macam nak cerita pasal trip Bali ni. Tunggulah next post ya. Doakan supaya I rajin untuk update tentang trip anniversary ke Bali ni.