Pages

Wednesday, July 27, 2011

Rumahku Syurgaku

Alkisah,
Me & Rehot masih giat mencari first house untuk kami anak beranak. Meng-google sana sini akhirnya menarik & tertariklah dengan rumah ni.



sales : 2 storey tu tinggal end-lot je. Are you Bumi.. ada less 5%?
me : Yes.. how much end-lot tu?
sales : dok tekan-tekan calculator agaknya.. RM 824,724.00
me : Ya Allah! dalam hatinya je.. tercopot jantung I mendengarnya . Oh.. rumah contoh ada ke? Berbasa-basi sikit kononnya.
sales : ada.. datanglah tengok.
me : Ok, thank you.

Mahalnya harga rumah sekarang ni... dekat sejuta dah. Tak sampai 2 tahun yang lalu harga rumah besar tu sekitar 300an. Macam manalah kami yang bergaji pion nih dapat beli rumah agaknya sekarang ya?

Terbaca kat paper semalam ada expo pemilikan rumah kat PWTC hujung minggu ni. Lebih lanjut tentang expo di BN Youth Hope. Kena pergi ni. Hope adalah rumah yang berharga 200an yang digembar-gemburkan kerajaan untuk pemilikan pertama tu. Oh.. dan berdoa lagi, semoga kalau ada punlah rumah tu, lokasinya tidaklah di Timbaktu sana. Aminnn.

Ull jom! ;-)

1 comment:

  1. hmm, memang mahal. rumah mampu milik pun dah jadi rumah tak mampu milik sekarang...

    nak2 landed house. lagi lakan. kene cari yang belum pacak tiang lagi. murah la, berbanding ngan dah siap..

    ReplyDelete