Sunday, October 4, 2009

Tiga Dua

Tambah umur lagi.. bererti tambah tua.
Tambah tua tapi jiwanya tetap muda hehe..
Kalau jiwa muda.. haruslah kekal cantik, badan sihat dan kuat (kena rajin exercise neh..)

Saturday, October 3, 2009

Gambar & Raya

Buat pertama kalinya 1 Syawal disambut bersama keluarga besar di JB. Tak pernah lagi ni berjauhan raya dengan keluarga besar di Puchong. Dup..dap..dup..dap jugaklah.. nervous!
Apalah nak buat nanti? Kemana sajalah nanti berayanya? Ramai tak family belah JB beraya sini sana? Almaklum belum ramai yang pernah jumpa kan... pokoknya banyaklah persoalan yang bermain di kepala.

Sampai JB pagi Sabtu, sehari sebelum raya. Kemas rumah mana yang patut dan petang tu pergi stesyen bas Larkin cari baju melayu sebab Rehot takde baju raya lagi. Dari Larkin ke Tebrau City pula berbuka puasa makan ikan Manhattan. Dapat beg raya kat sini, yeay!

1 Syawal ada kat rumah saja terima tamu. 2 Syawal pulang kampung Mak & Ayah kat Pontian. Dari pagi sampai petang beraya ke rumah sanak saudara kat Pontian. Malamnya pula, beraya rumah Naem makan Laksa Johor. 3 Syawal kat rumah juga terima tamu dan malamnya ke rumah saudara di Gelang Patah. Lebih kurang sama je perjalanan raya JB dengan Puchong... 1 Syawal mesti kat rumah. Tapi kat JB cam meriah sikit.. jiran-jiran berbagi-bagi juadah raya. Kat Puchong area rumah, haram takde. 4 Syawal balik Puchong dan sambung raya lagi dan lagi dan lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri & mohon maaf zahir batin jika kami tersalah kata, terkasar atau terlukakan hati kawan-kawan atau saudara mara semua.
Ku lihat... Hijauuuu

Seminggu sebelum raya sempat memeriahkan studio Kabir nun jauh di Ulu Kelang untuk berfoto ria bersama keluarga. Kabir buat promo Ramadhan.. apa lagi, jalan terus la kan.
Thanks Kabir.. rajin-rajinlah buat promo lagi ;-)
Hasil dari studio Kabir yang diedit sendiri.

Friday, September 18, 2009

OOO EMMM GEEE... iPhone! iPhone! iPhone!

I baru cerita pasal iPhone, sekali hari ini baca blog kawan ada contest to win iPhone pulak. Wahh.. berjodoh ke saya dengan iPhone???

iLoveMalaysia Campaign by exabytes network sempena 52nd Merdeka.


Ini pula iPhone yang sangat ingin dimiliki. Jadi kekawan semua.. please help me to get it.

Bagaimana caranya?
Tenang! Tenang! Sila ikuti langkah-langkah berikut :
2. Fill in the form, jadikan saya sebagai referrer (email: ferwima@gmail.com)
3. Anda akan terima satu email dan klik link yang diberi
4. Paste the Javasrcript code given on your website/blog
5. Dah siap!

Senangkan? Apa lagi.. jalankanlah kewajipan anda.. hehe
Mana tau anda lebih bertuah dari saya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
I Love Malaysia

Thursday, September 17, 2009

Again...

Terpaksa tukar skin lain... yang hari tu alignment lari. Jadi tak best walaupun agak kiut... (ellehh.. bukan update blog slalu pun). Tapi yang ini pun kiut jugak.. hehe.

Bukanlah sengaja diri ini tidak mengupdate blog.. tapi dengan ketiadaan pc atau kompi atau laptop persendirian maka agak susah la acara ngerumpi via blog ini dilaksanakan. Hallahh.. alasan belaka. Tapi.. laptop & iphone .. dua-dua pun best la Yang (sengaja kasi besar, ehemm.. dah tak lama lagi ni) hahaha...

Tuesday, August 25, 2009

I benci laa.....

Penat ni cari keliling kampung blogskin yang terhangat di pasaran. Buat itu ini dan segala macam laa... hazabb sungguh! Tapi hasilnya tidak menepati piawaian antarabangsa diri sendiri.

Konon bestla ada ikon twitter tu... konon twitter terhangat la di pasaran sekarang... hamekkkk!!! Sekali update twitter tu pulak tak masuk dalam kotak yang sepatutnya. Padan muka.. dah mati akal cemana nak adjust lagi.

Satu hal lain pulak... takde la pulak option untuk EDIT tu.... kan dah susah nak edit posting bagai. Dah nak kena pi buka tab lain tuk edit. Haish... buat penat je.. dah la terpaksa terlambat tidur. Jahat la skin nih!

Wednesday, July 15, 2009

Satu Tahun & Cameron Highlands

Trip sempena satu tahun perkahwinan memang sudah dirancang. Tapi mau kemana tu yang jadi masalah besarnya. Nak pergi Terengganu la, Langkawi la, situ la sini la... nyaris juga dah nak terbeli tiket MAS ke Langkawi RM96.00 je pergi balik untuk seorang (hish.. makin murah je tiket kapal terbang masa zaman gawat-gawat ni.. sabar! sabar!). Dipendekkan cerita, setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya, maka Cameron Highlands menjadi pilihan.

From wiki :
Cameron Highlands is a highland region located about 121 km east of Ipoh and about 214 km north of Kuala Lumpur, in Pahang, Malaysia. At 5,000 ft (1,500 m) above sea level it is the highest area on the mainland, enjoys a cool climate, with temperatures no higher than 25 °C and rarely falls below 12°C year-round. Cameron Highlands is actually a district in the state of Pahang Darul Makmur although the road entrance is via Tapah and Simpang Pulai in the state of Perak Darul Ridzuan. Cameron Highlands district is bordered by Lipis district on the south-east, Kelantan on the north and Perak on the west. The size of the whole Cameron Highlands district is roughly two and a quarter times the size of Singapore.

The Highlands were named after William Cameron, a British colonial government surveyor who discovered the plateau during a mapping expedition in 1885. The fame of Cameron Highlands then grew during the colonial era when British planters realised the potential of its fertile mountain slopes for growing tea, then a prized commodity. Cameron Highlands is still home to many tea plantations, being Malaysia's largest tea-producing region. With its many farms the area is also known as a major supplier of legumes and vegetables to both Malaysia and Singapore, and is one of Malaysia's prime tourist destinations.

Apart from the cool weather, key attractions in Cameron Highlands include a butterfly farm, strawberry farms, rose gardens and vegetable gardens. There are also the Brinchang Hindu Temples and the Sam Poh Chinese Mahayana Buddhist Temple. Other features include Cactus Point, Cactus Valley and the BOH Tea Plantation. There is Market Square, the Cameron Highlands Time Tunnel Galeria (at nearby Kea Farm) and accommodation at the Kampung Taman Sedia Homestay, Tanah Rata and The Smokehouse Hotel.

There are eight towns in the Cameron Highlands:
1. Brinchang currently is the biggest town in Cameron Highland. It seats several hotels, night markets, military camps, public service and commercial centre. The people here are mainly Chinese.
2. Tringkap is well-known for its popular business centre where most people can get fresh vegetable, fruit and flowers here arrived daily and fresh from the farms.
3. Tanah Rata is one of the major hub in Cameron Highland whereas it seats several hotels, parks and comercial centre. Main attraction in Tanah Rata is the Mardi Plantation Centre
and
its business centre. Several shops have been opened in the town including Starbucks
Coffee. There is also a budget traditional Malay Kampung Homestay located at Kampung
Taman
Sedia. The people here are mainly Malay.
4. Bertam Valley is one of hub of Malaysia's local vegetable farm and international flower
farm
such as Roses & Chrysanthemums.
5. Kampung Raja is the rural area in the Cameron Highland whereas it seats only residence
zone
and several comercial zone.
6. Blue Valley is well-known for its tea plantations that are ranked as one of the best in
Malaysia.
A few to be named are Blue Valley Tea Plantation and BOH Tea Plantation.
7. Ringlet
8. Kuala Terla

Dari Puchong ke Cameron kalau ikut Simpang Pulai adalah dalam sekitar 3 jam perjalanan. Hujung minggu adalah hari macet di Cameron. Ramai sungguh umat.. dengan bas sekolah, bas pelancong, kereta dll. Dari Simpang Pulai mau naik ke Cameron sudah hujan. Sabtu tu cuaca muram je, jadi tidaklah kemana-mana. Kami check-in hotel di Brinchang. Malam tu ada pasar malam di Brinchang dekat dengan Balai Polis. Tapi hujan yang turun membuatkan kami tak boleh lama-lama di situ. Sudahnya kami bercinta dan tengok tv je la kat hotel.

Pasar malam Brinchang

Hari kedua kami pindah & check-in hotel di Tanah Rata. Tanah Rata agak menarik dari Brinchang. Cuaca agak bersahabat hari ini. Lepas check-in langsung keluar jalan-jalan. Pertama kami ke Cameron Valley tengok Ladang Teh Bharat. Hijau je pemandangan. Opismet kata, kalo ke Cameron kena makan Scones. Sedap juga scones kat cafe Ladang Teh Bharat tu.

Ladang Teh Bharat

Seterusnya ke Ladang Teh Boh. Perghh.. lagi besar ladang tehnya. Teh saja di atas gunung-gunung itu. Macamana la teh-teh tu dibawa keluar dari kilang. Sebabnya lori2 besar tak boleh masuk pun, sebab jalan kecil. Angin sangat kuat disini.

Singgah di Kasimanis Strawberry Farm. Pakcik Google tulis, Kasimanis antara yang terkenal, tapi langsung tak menarik pun. Tidak membeli apa-apa pun di sini.

Ingat nak dinner di T Cafe, tapi tutup la pulak. Akhirnya dinner di Gerai Opah di tepi jalan Tanah Rata dekat dengan Starbuck. Masakannya sedap... betul!!!! Malam di Cameron agak sunyi. More photos di flickr ya!

Coba katakan Ya!

Sudah lama tidak chatting sama teman yang satu ni. Post ini terinspirasi dari 'usaha' nya yang tak berjaya katanya.
Hei teman... dedicate saja lagu ini ke DIA.



Ini pula liriknya :

Gigi - Ya Ya Ya

Akulah Sempurna akulah idaman
Aku yang kau cari aku yang penuhi
Kau tahu semua itu
Kau pun tak merasakannya
Kau pun tak mengakuinya
Terima saja terima

Menunggu itu bosan
Bosan yang mengusikkanku
Coba saja kau merasakan
Terima saja terima

Reff:
Apa sih yang kau tunggu
Apa sih yang kau mau
Langsung saja

Coba katakan ya 2x
Coba katakan kau setuju

Kau pikir aku sampai
Kau pikir aku sabar
Langsung saja

Coba katakan ya 3x


Seperti desperate pula bunyinya. Yah.. namanya juga usaha. Moga sukses ya teman!