Pages

Wednesday, December 28, 2011

Love Is In The Air

Im + Rehot = Kira

How the story goes..... (our friend Jimi [single & available i guess] sangat sweet dah buatkan add-on entry untuk kitorang di blognya). Please read Jimi si punkrocker blog here :


Itulah kisahnya macamana I boleh kenal Rehot. Well, this is why we love Bali so much. Tanah tumpahnya cintaku ;-)

Langkawi Nov 2011

Tuesday, October 4, 2011

Foto Krezi

Yeah apa saja.. difoto, memfoto & posing time foto adalah i like!

Sejak pakai kamera dslr ni.. jarang sangat nak print gambar (eh.. rasanya macam baru sekali dua je pernah print). Mana taknya ... untuk satu even,t gambar je dah beribu-ribu keping. Nak tengok hasilnya kat komputer pun boleh habis masa setengah hari. Apatah lagi pilih gambar yang layak untuk diprint.. confirm sakit kepala. Macam semua je patut diprint satu hal, tapi takkan lah nak print beribu gambar tu sekali harung kan. I bukannya cetak duit. Sekarang 4R sekeping dah 30sen. Kalau 1000 keping nak print dah RM300.00, lepas tu muntah tengok gambar.. hehe.

Rasanya tangkap gambar zaman dulu kala lebih senang. Beli filem, masuk filem dalam kamera pastu petik sampai habis. Paling banyak ada 36 petik untuk satu filem. Jadi setiap petik tu mesti kita pastikan pose yang berkualiti je layak diambil kannnnnnn ;-) . Habis filem.. terus hantar kedai untuk print. Kan senang... tak payah kusut kepala fikir foto mana print. Lepas tu tak payah kusut kepala kalo gambar digital itu tiba-tiba hilang di komputer sendiri (ya.. i pernah alaminya dan bestnya lagi.. gambar2 tersebut belum sempat diprint pun.. nanges berat!)


Filem dulu-dulu

Sekarang ni tengah sibuk print gambar sikit-sikit (yeah.. lama-lama jadi bukitlah gambar yang i print nanti). Gambar masa tunang pun baru je print. Huhu.. gila lama masa kejadian.. tahun 2007 tu. I print gambar guna online je. Punyalah canggih sekarang ni.. takyah pergi kedai gambar untuk print gambar. Tak ingatlah dari mana I tau tentang kedai gambar EOE ni. Sejak tahun 2009 register baru sekarang tergerak nak print gambar. Itu pun lepas ternampak promo 5R untuk 35sen sekeping. Terasa macam murah.. jadi lantas peluang diambil hehe.

www.eoe.com.my

Senang je... register dulu, lepas tu ikut je la langkah yang disediakan. Sekarang ni, I tengah tunggu album yang ke 9 & ketiga kali dari EOE. Rabu kot sampai. Dah la tak payah pergi kedai, tak payah cari parking kereta, tak payah buang minyak kereta dan lelainnyalah, sebab order RM35.00 ke atas ada free delivery. Segalanya di hujung jari anda.

Album EOE

5R uols.. mana nak dapat 35sen sekeping. Website tulis promo 5R/35sen habis akhir bulan September. I harap EOE boleh sambung lagi promo tu. I ada banyak lagi gambar nak print ni.

Wednesday, July 27, 2011

Rumahku Syurgaku

Alkisah,
Me & Rehot masih giat mencari first house untuk kami anak beranak. Meng-google sana sini akhirnya menarik & tertariklah dengan rumah ni.



sales : 2 storey tu tinggal end-lot je. Are you Bumi.. ada less 5%?
me : Yes.. how much end-lot tu?
sales : dok tekan-tekan calculator agaknya.. RM 824,724.00
me : Ya Allah! dalam hatinya je.. tercopot jantung I mendengarnya . Oh.. rumah contoh ada ke? Berbasa-basi sikit kononnya.
sales : ada.. datanglah tengok.
me : Ok, thank you.

Mahalnya harga rumah sekarang ni... dekat sejuta dah. Tak sampai 2 tahun yang lalu harga rumah besar tu sekitar 300an. Macam manalah kami yang bergaji pion nih dapat beli rumah agaknya sekarang ya?

Terbaca kat paper semalam ada expo pemilikan rumah kat PWTC hujung minggu ni. Lebih lanjut tentang expo di BN Youth Hope. Kena pergi ni. Hope adalah rumah yang berharga 200an yang digembar-gemburkan kerajaan untuk pemilikan pertama tu. Oh.. dan berdoa lagi, semoga kalau ada punlah rumah tu, lokasinya tidaklah di Timbaktu sana. Aminnn.

Ull jom! ;-)

Monday, July 25, 2011

Julai datang lagi.

Ya.. bulan meraikan cinta untuk Rehot & I. Happy 3rd anniversary to us! Makin cinta, makin sayang, makin kenal dan segala makin la untuk yayang Rehot. I love you full!

Biasanya kami raikannya dengan trip. Tahun ni sekali lagi kami ke Bali. Haa.. tak sangka pulak I dah 3 kali pergi Bali. Tapi tetap belum Bali mabrur... sebab belum pergi Lovina tengok ikan lumba-lumba jam 3 pagi (tapi rasanya Rehot tak heran nak tengok segala tok nenek jenis ikan kot, almaklum pemancing tegar) & banyak lagi.. hehe.

Oh ye.. siapa yang belum tau, I berkenalan dengan Rehot kat Bali la. Dipendekkan cerita, akhirnya bercintalah kami kat KL dan seterusnya. Maka Bali dan kami tak dapatlah dipisahkan. Sumpah tak bosan pergi Bali ni. Kan Rehot kan... hehe.

Tak sangka pulak.. di ulang tahun ke 3 ni, I dah 3 kali pergi Bali (Rehot confirm lebih dari I) dan kami ber-3 pulak tu. Weiii.. Azzakira mana boleh tinggal. Sayang anak jangan ditinggal-tinggalkan. Tak gitu??

T I G A @ Bale

Rasanya macam nak cerita pasal trip Bali ni. Tunggulah next post ya. Doakan supaya I rajin untuk update tentang trip anniversary ke Bali ni.

Wednesday, March 30, 2011

Testing 1 2 3

Mata terang bendrang tak boleh tidur. Sekarang pukul 5.20am. Tadi dok sibuk-sibuk cari apps apa yang best untuk iphone ni... sekali jumpa Blogpress. Apalagi.. belasah download.

Mari tengok apa yang best...





... dan ternyata boleh upload photo juga di sini. Yeayyyyy!!!

Jadi tiada alasan untuk tidak memblogkan diri sebab tak ada laptop bagai. Tapiiii..... keypad iphone ini cinonet laaa... huhu..

- Posted using BlogPress from my iPhone